Thursday, December 9, 2010

LADANG KELAPA SAWIT - MENCINCANG MENEBANG SAWIT TUA

2.       MENCINCANG MENEBANG SAWIT TUA
2.1     DEFINISI

              Menebang dan mencincang  sawit adalah satu kerja untuk memusnahkan  pokok sawit yang telah tua dan tidak ekonomik dengan menggunakan  jentera.

2.2       OBJEKTIF

Kerja  menebang dan mencincang  bertujuan menyediakan  kawasan  yang sesuai untuk tanaman  sawit baru untuk memperolehi faedah seperti berikut :

i.             Mempercepatkan pereputan batang sawit bagi mengurangkan pembiakan musuh dan penyakit sawit.

ii.           Racikan batang sawit boleh dijadikan sungkupan kepada anak sawit yang akan ditanam.

iii.          Dapat  pulangan bahan organik yang cepat dan  membantu  tumbesaran  anak sawit.

iv.     Memelihara alam  sekitar  melalui pembakaran sifar.

2.3       PIAWAIAN

i.             Pokok sawit perlu ditumbangkan, dan pangkal batang dibongkar sehingga ke akar umbi serta dikambus semula.

ii.           Batang sawit  perlu dicincang serong  45-60º dengan ketebalan  tidak melebihi 10 cm setiap cincangan dan panjang  kepingan tidak melebihi 70 cm.

iii.          Tinggi longgokan tidak melebihi  1 meter dan disusun di tempat  yang ditentukan.


2.4      PERALATAN DAN BAHAN


i.         Excavator            -  Lebih 120 kuasa kuda.

ii.       Chipping  Bucket -  Untuk mencincang.

iii.      Generator            -  Untuk membekal tenaga eletrik untuk mesin pengasah.

iv.     Mesin Pengasah -   Untuk mengasah pisau  chipping bucket.

v.       Pita Pengukur     -   Untuk mengukur  ketebalan cincangan.


2.5       PANDUAN PRODUKTIVITI 
           
                       
Jentera
Pokok / hari  kerja
Excavator
 100 – 136 pokok
                Nota :  bergantung kepada kecekapan operator dan bentuk muka bumi



2.6      KAEDAH
             
i.             Semua batu sempadan perlu ditandakan dengan pancang yang jelas sebelum kerja menebang dan mencincang  dijalankan.

ii.           Tandakan sempadan kawasan yang akan ditebang dengan jelas, dengan mengecat  menggunakan warna yang terang pada batang sawit.

iii.          Kerja  membaris asas (pre-lining) perlu dijalankan untuk menentukan arah dan tempat longgokan racikan sebelum kerja menebang dan mencincang  dijalankan.

iv.         Sediakan pelan rekabentuk ladang yang menunjukkan kedudukan barisan longgokan, jarak dan barisan tanaman serta sempadan kawasan yang akan ditebang dan dicincang.

v.           Tolak pokok sawit tua dengan menggunakan excavator, serta cincang batang  dan  pangkal batang  dengan  menggunakan ‘chipping bucket’.

vi.         Batang sawit  hendaklah  dicincang serong  45-60º,  dan ketebalan cincangan tidak melebihi 10 cm dan panjang kepingan tidak melebihi 70 cm.

vii.        Batang sawit  ini mesti  dicincang sehingga ke bahagian umbutnya.

viii.      Bahagian pangkal batang yang patah perlu digali hingga ke akar umbi, dicincang sepenuhnya dan lubangnya dikambus semula dengan tanah.

ix.         Semua  cincangan batang dan pelepah serta timbunan pelepah lama  di kawasan tidak berteres akan disusun di barisan longgokan yang  telah ditentukan.

x.           Tinggi  longgokan ini  tidak melebihi  1  meter tinggi dan disusun di dalam barisan.

xi.         Kerja  mencincang perlu dijalankan dari satu kawasan, dan bersambung ke satu kawasan yang lain.


2.7       KAWALAN
                     
i.             Jadual kerja tebang/cincang  dan keperluan excavator yang cukup perlu disediakan sebelum memulakan kerja.

ii.           Kerja tebang/cincang perlu dijalankan pada waktu cuaca yang sesuai bagi mendapatkan  produktiviti yang tinggi dan  pergerakan yang pantas.

iii.          Pegawai /Mandur ladang perlu  membuat  kawalan berkala  bagi mempastikan ketebalan  dan panjang  cincangan adalah tepat.

iv.         Longgokan cincangan  perlu berada  di tengah-tengah  lorong tanaman.

v.           Kemajuan kerja tebang cincang sawit perlu direkodkan (Rujuk lampiran 1.7.13- Borang Rekod Kemajuan Kerja)


2.8       KESESUAIAN PELAKSANAAN

Kerja tebang/cincang perlu dijalankan selepas kerja membaris asas siap dan menebas anak kayu telah dijalankan.



2.9       ALAM SEKITAR
        
Amalkan  kerja menebang dan mencincang sawit perlu mengutamakan pemuliharaan alam sekitar melalui langkah-langkah berikut :

i.      Elakkan daripada melonggokkan cincangan  ke aliran air, sungai dan  parit  pertanian.   

ii.           Timbusan tanah untuk laluan excavator menyeberangi aliran air mesti digali semula selepas  melaluinya.



2.10    KESELAMATAN

i.             Operator Excavator  perlu  memakai  pakaian yang sesuai semasa menjalankan kerja.

ii.           Peraturan keselamatan  yang ditentukan  di dalam JKKAS  perlu dipatuhi.

iii.          Pastikan tiada orang tidak berkenaan dan binatang ternakan berada di kawasan kerja sebelum kerja menolak pokok sawit dijalankan.



2.11     PETUNJUK KEJAYAAN


i.           Semua ketebalan kepingan cincangan batang  sawit hendaklah tidak melebihi 10 cm.
       
ii.           Longgokan cincangan  disusun  dengan  lurus dan kemas ditempat yang ditetapkan.

iii.          Semua  bahagian  pangkal  batang digali dan dicincang  serta dikambus semula.

iv.         Batang  sawit  dicincang   sehingga ke bahagian  umbut.

v.           Pelepah  sawit lama disusun  bersama  di dalam longgokan  cincangan.




2.12     RUJUKAN

i.             Perusahaan Sawit Di Malaysia – (MPOB).

ii.           Manual Penanaman Dan Penyelenggaraan Sawit – (MPOB).

iii.          Pekeliling Tanaman Sawit – (FASSB).







4 comments:

  1. saudara, ade x contoh borang tender untuk kerja menebang pokok sawit ni?

    ReplyDelete
  2. berapa harga sepokok siap tebang chiping nih ,,,0193181670

    ReplyDelete
  3. saya nak contoh kiraan kerja2 mencincang, stacking ngan tanam semula sawit

    ReplyDelete
  4. Berapa harga untuk tebang pokok kelapa sawit

    ReplyDelete