Tuesday, December 14, 2010
oNe st0p pLantErs: LADANG KELAPA SAWIT - PEMBAJAKAN
oNe st0p pLantErs: LADANG KELAPA SAWIT - PEMBAJAKAN: "4.1 DEFINISI Membajak ialah satu proses membalik/membongkar tanah di kawasan tapak penanaman yang berstruktur tana..."
Monday, December 13, 2010
LADANG KELAPA SAWIT - PEMBAJAKAN
4.1 DEFINISI
Membajak ialah satu proses membalik/membongkar tanah di kawasan tapak penanaman yang berstruktur tanah padat dan marginal di kawasan tidak berteres.
4.2 OBJEKTIF
i. Memperbaiki struktur tanah.
ii. Memudahkan kerja penanaman.
iii. Meningkatkan kadar tumbesaran anak sawit.
iv. Langkah sanitasi untuk mengurangkan penyebaran penyakit reput pangkal batang.
4.3 PIAWAIAN
i. Kedalaman tanah yang perlu dibajak ialah di antara 46.00 cm hingga 60.00cm dari permukaan tanah.
ii. Lebar kawasan dibajak ialah 2.5 meter di sepanjang lorong tapak penanaman seperti gambarajah di bawah.
4.4 PERALATAN DAN BAHAN
i. Traktor ( 4 WD ) 60 – 80 kk.
ii. Piring Pembajak .
iii. Pancang kayu.
iv. Pita Ukur.
4.5 PANDUAN PRODUKTIVITI
Jentera | Hektar/ m.day |
1 Traktor 4WD | 2 – 3 ha. |
4.6 KAEDAH
i. Tandakan di dalam peta sebelum kerja-kerja pembajakan dimulakan
ii. Letakkan pancang di lorong yang akan dibajak.
iii. Sediakan keperluan traktor yang sepatutnya mengikut keluasan dan tempoh yang perlu disiapkan.
iv. Sebarang tunggul kayu besar, batu besar hendaklah dialihkan dari kawasan yang
hendak dibajak.
v. Kaedah kerja membajak yang dijalankan dengan cara ulang alik sebanyak 2 kali.
vi. Rekod kemajuan kerja hendaklah direkodkan setiap hari. (Contoh seperti dilampiran)
4.7 KAWALAN
i. Sebelum membajak, pastikan tiada tunggul, akar kayu, batang kayu, batu besar di kawasan pembajakan.
ii. Struktur tanah yang dibajak hendaklah gembur.
iii. Pembajakan hendaklah dilaksanakan mengikut lorong tapak penanaman.
4.8 KESESUAIAN PELAKSANAAN
i. Pembajakan dijalankan pada cuaca kering.
ii. Pembajakan dijalankan di kawasan berstruktur tanah padat.
iii. Pembajakan di kawasan beralun, landai, rata dan tidak berteres.
4.9 ALAM SEKITAR
i. Dilarang menimbus tanah ke dalam parit dan aliran air.
ii. Dilarang membuang sisa-sisa minyak hitam di ladang.
4.10 KESELAMATAN
Setiap pekerja yang terlibat didalam menjalankan aktiviti pembinaan teres perlu mematuhi langkah keselamatan yang telah ditentukan oleh JKKAS Syarikat.
4.11 PETUNJUK KEJAYAAN
i. Tanah di kawasan tapak penanaman menjadi gembur.
ii. Kadar tumbesaran pokok meningkat.
Sunday, December 12, 2010
LADANG KELAPA SAWIT - PEMBINAAN JALAN PERTANIAN
3.1 DEFINISI
Jalan Pertanian ialah jaringan laluan yang dibina secara sistematik bagi memudahkan perhubungan dan pergerakan di dalam ladang.
3.2 OBJEKTIF
Mengadakan satu sistem jaringan perhubungan di ladang supaya semua tempat boleh dihubungi bagi menyokong aktiviti-aktiviti ladang agar menjadi lebih berkesan .
3.3 PIAWAIAN
i. Jaringan jalan yang dibina hendaklah ringkas tetapi praktikal dan sesuai digunakan dalam semua keadaan . Jenis dan ukuran jalan pertanian adalah seperti berikut:
Jenis Jalan | Ukuran Lebar Jalan |
Jalan Pertanian (tiada bahu jalan) | 3.65 meter (12 kaki ) |
Jalan Besar | 4.60 meter (15 kaki ) |
Jalan Utama | 5.50 meter (18 kaki ) |
ii. Jalan pertanian yang dibina hendaklah bersambungan antara satu jalan dengan jalan yang lain dan tiada jalan mati.
iii. Jarak antara satu jalan pertanian dengan jalan yang lain ialah 250 - 300 meter bagi mendapatkan jarak pengangkutan/ operasi kerja setengah daripada jarak tersebut.
3.4 PERALATAN DAN BAHAN
i. Pancang Kayu - Kayu lurus berukuran 1.6 meter tinggi dicat di bahagian hujungnya.
ii. Jentolak - Berkuasa 50 kk hingga 80 kk ( D 6 )
iii. Jengkaut - Digunakan kawasan paya dan bukit curam.
iv. Pita Pengukur - Mengukur ukuran jalan pertanian.
v. Road tracer - Untuk mengukur panjang jalan pertanian
vi. Abney level/Inclinometer
v. GPS
3.5 PANDUAN PRODUKTIVITI
Jenis Jalan dan Lebar | 1 Jentolak/ m.day |
Jalan Pertanian 3.65 meter | 2000 - 2500 meter |
Jalan Besar 4.60 meter | 1500 - 2000 meter |
Jalan Utama 5.50 meter | 1000 - 1500 meter |
Satu unit jentolak berkuasa 50-80 kk mampu menolak jalan pertanian bergantung kepada lebar jalan yang dibina. Produktiviti ini juga bergantung kepada kecekapan operator jentolak, bentuk muka bumi dan keadaan cuaca kawasan tersebut.
3.6 KAEDAH
i. Pengurus atau Penolong Pengurus ladang perlu menentukan keperluan dan ukuran jalan pertanian yang akan dibina.
ii. Keperluan jalan pertanian bergantung kepada bentuk muka bumi seperti berikut.
Bentuk Muka Bumi | Meter / hektar |
Kawasan rata dan beralun | 40 - 60 |
Kawasan berbukit tidak berteres | 100 - 120 |
Kawasan berbukit dan berteres | 140 - 200 |
Nota : Keperluan jalan melebihi kadar di atas perlu justifikasi
iii. Jalan pertanian mesti dibina selepas kerja membaris sawit dijalankan bagi menentukan kedudukan jalan supaya terletak di tengah-tengah barisan sawit untuk mendapatkan dirian pokok yang cukup.
iv. Kedudukan jalan pertanian perlu ditanda didalam peta sebelum jalan pertanian dibina.
v. Pegawai ladang perlu menandakan jajaran jalan pertanian yang akan dibina dengan menggunakan pancang kayu yang lurus dan bercat pada bahagian atas.Dicadangkan seperti jadual dibawah:
Jenis Jalan dan Lebar | Warna Pancang |
Jalan Pertanian 3.65 meter | Merah |
Jalan Besar 4.60 meter | Kuning |
Jalan Utama 5.50 meter | Putih |
vi. Jajaran jalan pertanian yang dipancang hendaklah terletak di tengah-tengah lorong tanaman sawit.
vii. Pembinaan jalan pertanian perlu dibina sebelum pembinaan teres dijalankan di kawasan berbukit.
viii. Bagi kawasan beralun dan berbukit, jalan pertanian yang dibina perlu sentiasa mempunyai kecerunan 5º .
ix. Kecerunan 5º jalan bagi kawasan beralun dan bukit bertujuan untuk mengurangkan kos penjagaan jalan, dan kenderaan mudah mendaki serta tidak merosakkan jalan.
x. Penyelia ladang perlu memastikan mata pisau jentolak diselaraskan condong ke tepi jalan dan serong ke tengah jalan bagi mendapatkan kecuraman 1:12 hingga 1:15 dengan permukaan jalan berbentuk cembung.
xi. Ketinggian cembung di tengah-tengah jalan pertanian bergantung kepada lebar jalan, dan kecuraman seperti berikut:
Jenis dan Lebar Jalan | Ketinggian Cembungan | |
Curam 1:12 | Curam 1:15 | |
Jalan Pertanian - 3.65 meter | 0.150 meter | 0.120 meter |
Jalan Besar - 4.50 meter | 0.187 meter | 0.150 meter |
Jalan Utama - 5.50 meter | 0.229 meter | 0.183 meter |
xii. Tolakan pertama jentolak adalah bagi mengeluarkan tunggul, batang, akar kayu, sampah-sampah dan cincangan batang sawit keluar supaya tidak ditimbus dengan tanah.
xiii. Tolakan kedua bagi menolak tanah pada bahagian kiri jalan dengan curam ke tepi jalan dan tanah tolakan terkumpul di tengah jalan.
xiv. Tolakan ketiga menolak tanah di bahagian kanan jalan dengan curam ke tepi jalan dan tanah tolakan terkumpul di tengah jalan.
xv. Kerja tolakan ini berkesan dan mudah sekiranya mata pisau jentolak diselaraskan dengan ketinggian cembung yang diperlukan.
xvi. Tolakan keempat dan seterusnya adalah bagi meratakan tanah pada bahagian tengah jalan serta memadatkannya.
xvii. Sekiranya jalan ditolak dengan betul saluran air akan terbentuk di kiri dan kanan jalan seperti berbentuk cembung yang dimana kiri dan kanan terdapat saluran air.
xviii. Saluran air ini hendaklah dilencongkan ke dalam ladang setiap 40 meter ( 2 rantai ) atau setiap 4 pancangan tanaman bagi tujuan mengurangkan hakisan jalan serta memberi dan meningkatkan kelembapan tanah di ladang. Pastikan tiada lencongan saluran air ini dimasukkan ke parit atau sungai.
xix. Setiap persimpangan jalan perlu ditolak dengan lebih lebar bagi memudahkan kenderaan keluar dan masuk.
xx. Pemotongan untuk membina selekoh jalan perlu dibuat mengikut ketajaman yang bersesuaian.
xxi. Pegawai ladang perlu membuat kawalan yang ketat dan berkala bagi memastikan jalan dibuat dengan ukuran lebar dan kecerunan yang betul.
xxii. Kerja mengukur jalan perlu djalankan setiap 3 hari bersama wakil pemborong bagi mengelakkan perkara berbangkit berlaku.
xxiii. Batu sempadan tidak boleh dirosakkan, dialih atau dipindahkan dari tempat asal semasa kerja pembinaan jalan pertanian dijalankan.
3.7 KAWALAN
i. Mengunakan jentolak / jengkaut yang sesuai seperti model D6 atau D8.
ii. Jajaran jalan pertanian tidak menggangu kawasan titik tanaman dan tidak menjejaskan dirian pokok perhektar.
iii. Jalan pertanian yang dibina mesti bercantum diantara satu sama lain.
iv. Saluran air keluar mesti terdapat pada di kiri dan kanan jalan.
v. Permukaan jalan mesti berbentuk cembung dan tiada aliran air pada permukaan jalan.
3.8 KESESUAIAN PELAKSANAAN
Aktiviti pembinaan jalan pertanian perlu dijalankan setelah kerja membaris sawit ( jarak tanaman ) dijalankan bagi memastikan jalan terletak di tengah-tengah lorong tanaman. Kerja membina jalan perlu dilakukan pada musim kering untuk mendapatkan jalan yang baik dan kemajuan kerja yang tinggi.
3.9 ALAM SEKITAR
Elakkan daripada menimbus dan menolak tanah ke dalam punca aliran air dan anak sungai yang sedia ada.
3.10 KESELAMATAN
Setiap kakitangan dan pekerja yang terlibat di dalam menjalankan kerja pembinaan parit pertanian perlu mematuhi langkah-langkah keselamatan yang telah ditetapkan oleh badan JKKAS Syarikat.
3.11 PETUNJUK KEJAYAAN
i. Permukaan jalan berbentuk cembung.
ii. Saluran air terbentuk di kiri dan kanan jalan .
iii. Air hujan disalurkan ke dalam ladang dan tidak disalirkan ke sungai.
iv. Tiada alur air pada permukaan jalan.
v. Kenderaan dapat memasuki semua jalan yang dibina dengan mudah.
vi. Jalan pertanian dapat digunakan sepenuhnya.
3.12 RUJUKAN
i. Perusahaan Sawit Di Malaysia – (MPOB).
Subscribe to:
Posts (Atom)