Tuesday, December 14, 2010

oNe st0p pLantErs: LADANG KELAPA SAWIT - PEMBAJAKAN

oNe st0p pLantErs: LADANG KELAPA SAWIT - PEMBAJAKAN: "4.1 DEFINISI Membajak ialah satu proses membalik/membongkar tanah di kawasan tapak penanaman yang berstruktur tana..."

Monday, December 13, 2010

LADANG KELAPA SAWIT - PEMBAJAKAN

4.1     DEFINISI

Membajak ialah satu proses membalik/membongkar tanah di kawasan tapak penanaman yang berstruktur tanah padat dan marginal di kawasan tidak berteres.


4.2     OBJEKTIF

i.             Memperbaiki struktur  tanah.

ii.           Memudahkan kerja penanaman.

iii.          Meningkatkan  kadar tumbesaran anak sawit.

iv.         Langkah sanitasi untuk mengurangkan penyebaran penyakit reput pangkal batang.


4.3     PIAWAIAN

i.             Kedalaman tanah yang perlu dibajak ialah di antara 46.00 cm  hingga 60.00cm dari permukaan tanah.

ii.           Lebar kawasan dibajak ialah 2.5 meter di sepanjang lorong tapak penanaman seperti  gambarajah di bawah.


4.4     PERALATAN DAN BAHAN

i.             Traktor ( 4 WD )  60 – 80 kk.

ii.           Piring Pembajak .

iii.          Pancang  kayu.

iv.         Pita Ukur.


4.5     PANDUAN PRODUKTIVITI


Jentera
Hektar/ m.day
 1 Traktor 4WD
2 – 3 ha.












4.6     KAEDAH

i.             Tandakan di dalam peta sebelum kerja-kerja pembajakan  dimulakan

ii.           Letakkan pancang di lorong yang akan dibajak.

iii.          Sediakan keperluan  traktor yang sepatutnya mengikut keluasan dan tempoh yang perlu disiapkan.

iv.         Sebarang tunggul kayu besar, batu besar hendaklah dialihkan dari kawasan yang
        hendak dibajak.

v.           Kaedah kerja membajak yang dijalankan dengan cara ulang alik sebanyak 2 kali.

vi.         Rekod kemajuan kerja hendaklah direkodkan setiap hari. (Contoh seperti dilampiran)



4.7     KAWALAN

i.             Sebelum membajak, pastikan tiada tunggul, akar kayu, batang kayu, batu besar di kawasan pembajakan.


ii.           Struktur tanah yang dibajak hendaklah gembur.

iii.     Pembajakan hendaklah dilaksanakan mengikut lorong tapak penanaman.


4.8     KESESUAIAN PELAKSANAAN

i.             Pembajakan dijalankan pada cuaca kering.

ii.           Pembajakan dijalankan di kawasan berstruktur tanah padat.

iii.          Pembajakan di kawasan beralun, landai, rata dan tidak berteres.


4.9     ALAM SEKITAR

i.             Dilarang menimbus tanah ke dalam parit dan aliran air.

ii.           Dilarang membuang sisa-sisa minyak hitam di ladang.


4.10   KESELAMATAN

Setiap pekerja yang terlibat didalam menjalankan aktiviti pembinaan teres perlu mematuhi langkah  keselamatan yang telah ditentukan oleh JKKAS Syarikat.


4.11   PETUNJUK KEJAYAAN

i.             Tanah di kawasan tapak penanaman menjadi gembur.

ii.           Kadar tumbesaran pokok meningkat.

Sunday, December 12, 2010

LADANG KELAPA SAWIT - PEMBINAAN JALAN PERTANIAN

3.1     DEFINISI

              Jalan Pertanian ialah jaringan laluan yang dibina secara sistematik bagi memudahkan perhubungan dan  pergerakan di dalam ladang. 


3.2       OBJEKTIF

Mengadakan satu sistem  jaringan perhubungan di ladang supaya semua tempat boleh dihubungi bagi menyokong  aktiviti-aktiviti ladang  agar  menjadi lebih berkesan .


3.3       PIAWAIAN

i.      Jaringan jalan yang dibina hendaklah ringkas tetapi praktikal dan sesuai digunakan  dalam semua  keadaan  . Jenis dan ukuran jalan pertanian  adalah seperti  berikut:

Jenis Jalan
Ukuran Lebar Jalan
Jalan Pertanian
(tiada bahu jalan)
3.65 meter  (12 kaki )
Jalan Besar
4.60  meter  (15 kaki )
Jalan Utama
5.50 meter   (18 kaki )

ii.           Jalan pertanian yang dibina hendaklah bersambungan antara  satu  jalan dengan jalan yang lain dan tiada jalan  mati.

iii.          Jarak antara satu jalan pertanian dengan jalan yang lain ialah 250 - 300 meter bagi mendapatkan jarak pengangkutan/ operasi kerja  setengah daripada jarak tersebut.


3.4       PERALATAN DAN BAHAN

i.      Pancang Kayu   -  Kayu lurus  berukuran 1.6 meter tinggi dicat di bahagian hujungnya.
ii.      Jentolak             -  Berkuasa  50 kk  hingga  80 kk ( D 6 )
iii.     Jengkaut            -  Digunakan kawasan paya dan bukit curam.
iv.     Pita  Pengukur   -  Mengukur ukuran jalan pertanian.
v.     Road tracer        -  Untuk mengukur  panjang  jalan  pertanian
vi.     Abney level/Inclinometer
v.     GPS


3.5       PANDUAN PRODUKTIVITI


Jenis  Jalan dan Lebar
1 Jentolak/ m.day
Jalan Pertanian  3.65 meter
2000 - 2500 meter
Jalan Besar        4.60 meter
1500 - 2000 meter
Jalan Utama       5.50 meter
1000 - 1500 meter

Satu unit jentolak berkuasa  50-80 kk mampu menolak jalan pertanian bergantung kepada  lebar jalan  yang dibina. Produktiviti  ini juga bergantung kepada kecekapan operator  jentolak, bentuk muka bumi  dan  keadaan  cuaca  kawasan  tersebut.


3.6       KAEDAH

i.             Pengurus atau Penolong Pengurus ladang perlu menentukan keperluan dan ukuran jalan  pertanian yang akan dibina.

ii.      Keperluan jalan pertanian  bergantung kepada  bentuk muka  bumi  seperti berikut.

Bentuk Muka Bumi
Meter / hektar
Kawasan rata dan beralun
40 - 60
Kawasan berbukit tidak berteres
100 - 120
Kawasan berbukit dan berteres
140 - 200

    Nota : Keperluan jalan melebihi kadar di atas perlu justifikasi          

iii.          Jalan pertanian mesti dibina  selepas kerja  membaris sawit dijalankan bagi menentukan kedudukan jalan supaya terletak  di tengah-tengah   barisan  sawit untuk mendapatkan  dirian pokok yang cukup.

iv.         Kedudukan jalan pertanian perlu ditanda didalam peta  sebelum jalan  pertanian dibina.

v.           Pegawai ladang perlu  menandakan   jajaran  jalan  pertanian  yang akan dibina  dengan menggunakan  pancang kayu yang lurus dan bercat pada bahagian atas.Dicadangkan seperti jadual dibawah:


Jenis  Jalan dan Lebar
Warna Pancang
Jalan Pertanian  3.65 meter
Merah
Jalan Besar        4.60 meter
Kuning
Jalan Utama       5.50 meter
Putih


vi.         Jajaran jalan pertanian yang dipancang hendaklah terletak di  tengah-tengah lorong tanaman  sawit.

vii.        Pembinaan jalan pertanian perlu dibina sebelum  pembinaan teres dijalankan  di kawasan berbukit.

viii.      Bagi kawasan  beralun dan  berbukit,  jalan pertanian  yang dibina perlu  sentiasa mempunyai kecerunan 5º  .





ix.         Kecerunan  5º  jalan  bagi kawasan  beralun dan bukit  bertujuan untuk mengurangkan kos penjagaan jalan, dan  kenderaan mudah mendaki serta  tidak merosakkan jalan.

x.           Penyelia  ladang perlu memastikan  mata pisau jentolak diselaraskan condong ke tepi jalan dan serong ke tengah jalan bagi mendapatkan  kecuraman 1:12 hingga 1:15 dengan permukaan jalan  berbentuk cembung.

xi.         Ketinggian cembung di tengah-tengah  jalan pertanian  bergantung kepada lebar jalan, dan kecuraman  seperti berikut:






Jenis dan Lebar Jalan
Ketinggian  Cembungan
Curam 1:12
Curam 1:15
Jalan Pertanian - 3.65 meter
0.150 meter
0.120 meter
Jalan Besar - 4.50 meter
0.187 meter
0.150 meter
Jalan Utama - 5.50 meter
0.229 meter
0.183  meter

xii.                   Tolakan pertama jentolak adalah bagi mengeluarkan tunggul, batang, akar kayu, sampah-sampah dan cincangan batang sawit keluar supaya tidak ditimbus dengan tanah.

xiii.      Tolakan kedua bagi menolak tanah pada bahagian  kiri jalan  dengan curam ke tepi jalan dan tanah tolakan  terkumpul  di tengah jalan.

xiv.      Tolakan ketiga menolak tanah di bahagian kanan jalan dengan curam ke tepi jalan dan tanah tolakan terkumpul di tengah jalan.

xv.       Kerja tolakan ini  berkesan dan mudah sekiranya  mata pisau jentolak diselaraskan  dengan ketinggian cembung yang diperlukan.

xvi.      Tolakan keempat  dan seterusnya adalah bagi meratakan tanah pada bahagian tengah jalan serta memadatkannya.

xvii.    Sekiranya  jalan  ditolak  dengan  betul saluran air akan terbentuk di kiri dan kanan jalan seperti berbentuk cembung yang dimana kiri dan  kanan terdapat saluran air.






xviii.   Saluran air  ini  hendaklah dilencongkan  ke dalam ladang setiap 40 meter ( 2 rantai ) atau setiap 4 pancangan  tanaman bagi tujuan  mengurangkan  hakisan jalan serta  memberi dan meningkatkan  kelembapan tanah  di ladang. Pastikan tiada lencongan  saluran air ini  dimasukkan   ke parit atau sungai.







xix.      Setiap persimpangan jalan perlu ditolak dengan lebih lebar bagi memudahkan kenderaan keluar dan masuk.

xx.       Pemotongan untuk membina  selekoh jalan perlu dibuat  mengikut  ketajaman yang bersesuaian.

xxi.      Pegawai ladang perlu  membuat kawalan yang ketat dan berkala bagi memastikan jalan dibuat dengan  ukuran lebar dan kecerunan  yang betul.

xxii.    Kerja  mengukur jalan perlu djalankan  setiap  3 hari bersama  wakil pemborong bagi mengelakkan  perkara berbangkit  berlaku.

xxiii.   Batu sempadan  tidak boleh dirosakkan, dialih atau dipindahkan dari tempat asal  semasa kerja  pembinaan  jalan pertanian dijalankan.


3.7       KAWALAN 


i.             Mengunakan  jentolak / jengkaut yang sesuai  seperti model D6  atau D8.

ii.           Jajaran  jalan pertanian  tidak menggangu kawasan  titik tanaman  dan tidak menjejaskan dirian pokok perhektar.

iii.          Jalan pertanian  yang dibina mesti bercantum  diantara  satu sama  lain.

iv.     Saluran air keluar  mesti  terdapat pada  di kiri dan kanan  jalan.

v.     Permukaan jalan mesti berbentuk  cembung dan  tiada  aliran air pada permukaan jalan.



3.8       KESESUAIAN PELAKSANAAN

Aktiviti pembinaan jalan pertanian  perlu dijalankan setelah kerja membaris sawit ( jarak tanaman ) dijalankan  bagi memastikan jalan terletak  di tengah-tengah  lorong tanaman. Kerja membina  jalan perlu dilakukan pada musim  kering untuk mendapatkan jalan yang baik dan kemajuan kerja yang tinggi.



3.9       ALAM SEKITAR

              Elakkan daripada menimbus dan menolak tanah ke dalam  punca aliran  air dan anak sungai  yang sedia  ada.

             

3.10     KESELAMATAN

              Setiap kakitangan dan pekerja yang terlibat di dalam menjalankan kerja pembinaan parit pertanian perlu mematuhi  langkah-langkah keselamatan yang telah ditetapkan oleh badan JKKAS Syarikat.

3.11          PETUNJUK KEJAYAAN


i.             Permukaan jalan berbentuk cembung.

ii.           Saluran air terbentuk  di kiri dan kanan jalan .

iii.          Air hujan  disalurkan ke dalam ladang dan tidak disalirkan ke sungai.

iv.         Tiada alur air pada  permukaan jalan.

v.           Kenderaan dapat memasuki  semua jalan  yang  dibina  dengan mudah.

vi.         Jalan  pertanian  dapat digunakan sepenuhnya.



3.12     RUJUKAN

i.      Perusahaan Sawit Di Malaysia – (MPOB).